Tuesday, January 20, 2009

Orders On Saturday 17 Jan 2009

First of all, Nurul nak minta maaf pada yg nak order atau bertanya ttg cupcakes dan delivery ke KL and other locations. Buat masa ni Nurul berseorangan menerima tempahan. Dgn dua tangan ni je la bertungkus lumus menyiapkan orders. Belum ada cwgn di luar JB lagi. Hehe. So tempahan di luar Johor mintak maaf sgt2 tak dpt terima. Kecuali masa tu kebetulan Nurul nak ke KL juga, boleh la buatkan. Tapi ada special project this coming February, dan hopefully projek ni tak cancelled. If byk tempahan dari KL maybe Nurul akan ke sana.

Nurul nak ucapkan terima kasih sgt2 pada Hidayah (moist chocolate cake), Zyma (chocolate cupcakes), Kak Yan (butter and chocolate cupcakes) dan Aniz (mars mini cheesecakes) yang order last week. Nurul harap semua berpuas hati dgn kek yang ditempah ye. Kalau tak puas makan boleh order lagi lain kali. Hehe.

Gambar yg first ni mars mini cheesecakes ordered by Aniz from Larkin untuk hantaran pertunangannye. Happy sgt bila Aniz ckp encik tunang suka cheesecake tu, dan alhamdulillah cheesecake masih berkeadaan baik selepas semalaman di luar fridge. To Aniz, tahniah sudah menjadi tunangan orang! *wink wink* Ini copy paste comment Aniz:

hi!!aniz's here. Thanks so much for the mini cheesecake..he loveeees it very much..good work! keep it up and good luck for myCuppies..

Ini pula cupcakes sebanyak 24pcs ordered by Kak Yanti Maslina (keke buh nama penuh) from FKKKSA UTM. Kak Yan ni lecturer yang berdedikasi. Dulu masa Nurul buat research project, selalu lepak kat lab Kak Yan. Bukan buat labwork tapi main internet. Skali Kak Yan pi report kat supervisor. Adeh. Padan muka-ku. Lupa plk tanya Kak Yan feedback ttg cupcakes ni. Kak Yan asik puji oreo mini cheesecakes tu je, sampai Nurul terlupa. Hehe. Melayang la kejap sbb orang ckp cheesecake tu sedap kan. Ngee~

Ha yang 25pcs small chocolate cupcakes ni adik sweet bernama Zyma dari Taman Universiti yang order for her cousin`s wedding. Zyma ckp choc cupcakes ni sedap. Tapi dia tak ckp plk cantik. Tak cantik la kot. Hehe. Moist chocolate cake dgn chocolate ganache topping tu pulak Hidayah dari Foberg UTM yang order on Friday untuk birthday surprise housemate kesayangannye. Hidayah ni Nurul dah nampak potensi sebagai loyal customer ni. Kwang3. Suka hati je bagi title kat Dayah. Jgn marah naa, lusa Kak Nurul siapkn mini cheesecakes tu =)

So itu aje tempahan last week. Minggu ni nye nanti Nurul update. Dan maybe akan balik Perak this Friday - Sunday, kalau masih ada tiket. Hehe.

Gudnite all cupcake lovers! And cheesecake lovers, too!


p/s: Rasanye ramai customer MyCuppies lebih suka order cheesecakes berbanding cupcakes. Hmmm.

No comments: