Friday, January 29, 2010

Basic Cupcake Decorating Class (February) Dah Full

Salam, all.

Just to inform that the cupcake class is already full for the time being.
Insya Allah bulan March Nurul buka semula registration ye.

Untuk February, yang dah confirm adalah:

1. Norly
2. Aliza (Paid Full)
3. Aida
4. Zarina
5. Wani

Kalau nama-nama di atas ada yang nak cancel pls bagitau Nurul k. So Nurul boleh buka untuk orang lain.

Thank you =)

Saturday, January 9, 2010

Cake for Anniversary - Red and White Theme, dan Update Kelas Cupcake


Happy Anniversary to Sue and partner!

Sue eventually emailed me asking for idea of cupcake theme for her anniversary. I haven't have any anniversary theme orders before, so I actually have no other idea than a lovey-dovey theme. She then emailed a pic of a small cake with three cupcakes around it, and asked for a red and white theme. So Nurul buat la according to Sue's preference.

Thanks Sue for ordering! Hope both of you enjoy the cake, as much as I do have fun making it =)

Tentang kelas cupcake decorating, insyaAllah akan diadakan mulai Februari di Shah Alam (Seksyen U13 Setia Alam). Mengikut perancangan, Nurul nak buat 7hb (Ahad) dan 20hb (Sabtu).

Kelas ni hands-on dan merangkumi kaedah-kaedah:
1. membuat chocolate cupcake
2. membuat buttercream
3. buttercream decorating
4. membuat chocolate topping
5. menghias choc cupcake dgn choc topping dan fresh strawberry

Jumlah cupcake yg akan dideco sekurang-kurangnya 16pcs (untuk dibawa pulang). Semua resepi, tools dan ingredients akan Nurul sediakan. So cuma dtg bawa badan je, dan juga apron kalau ada.

Please register melalui email ke nurul@mycuppies.com. Nyatakan:

Nama
No fon
Tarikh kelas


Thank you all!

Tuesday, December 29, 2009

Kelas Cupcake

Salam, semua.

Nurul bercadang nak buat kelas cupcakes (basic baking and decorating with buttercream) bermula maybe in February. So nak survey dululah, ada yang berminat tak.

Buat permulaan maybe nak buat di Skudai. Kat Shah Alam ni rumah sempit, risau yg datang nak belajar nanti tak selesa pulak. Tapi kalau ada yang nak belajar di Shah Alam atau KL di rumah sendiri, maybe Nurul boleh plan something kalau cukup 3-4 org untuk satu sesi kelas.

Apa-apapun, boleh email kat nurul@mycuppies.com. Bagitau brp range harga yg you all rasa berpatutan untuk kelas cupcake ni, tarikh yg dirasakan sesuai (Sabtu dan Ahad saja) dan kalau ada request nak belajar selain dpd basic buttercream decorating pun boleh email juga ya.

Kalau dah confirm kelasnye nanti Nurul update tarikh-tarikh di blog.

On other notes, Nurul dah upload beberapa gambar lama dan baru kat Flickr MyCuppies. Jenguk-jenguklah ye.

Antara gambar cupcake hantaran yang br upload kat Flickr. Ni gambar lama, just nak tunjuk detail deco pada papercup tu. Gambar cupcake hantaran pink white ni sebelum ni Nurul upload sekeping je, tak nampak bahagian cup nye.

Well. Enjoy browsing thru! Thank you all!

Tuesday, December 22, 2009

Cupcake Hantaran Hitam Putih Silver

Tadaa! Cupcake hantaran untuk majlis merisik adik Nurul. Keke. Yang ni gambar sebelum final touch up. Lepas ambil gambar ni Nurul tambah sugar beads dan jugak bagi kilat sikit bunga tu. Pastu boleh plk lupa nak ambil gambar lepas tu. Adess. Takpe la, yang penting cupcake berjaya dimakan sekelip mata. Hehe.

Sesiapa yang nak order cupcake hantaran macam ni, boleh tukar warna mengikut tema hantaran masing-masing. Harga bermula dari RM85 tanpa hiasan riben, dan RM95 dengan riben biasa. Kalau nak hiasan bunga-bungaan dan butterfly, tambah sikit untuk harga hiasan tu. Kalau nak jimat, tulisan nama tu (asalnye edible image) boleh ganti dgn buttercream je. Tulisan tgn Nurul la kiranye, hehe. Nak kata tak cantik tu, cantik jugak =p (perasan) tapi tak le sekemas dan seindah edible image.

OK. Layan gambar-gambar koleksi kat Flickr Mycuppies. Sila klik dgn senyuman =)

Thursday, December 3, 2009

End of Year 2009: Nak Buat Promotion Ke Tak?

Salam semua.

Sekejapnye masa berlalu kan. Dah sampai bulan December 2009.
Walaupun baru 2 bulan Nurul start balik buka tempahan cupcakes kat Shah Alam, tapi sambutan sgt menggalakkan. Sampai terpaksa tolak tempahan. Maaf lah pada sesiapa yg Nurul tak sempat jawab call terutamanye, balas sms, reply kat chatbox, bukan tak appreciate, tapi masa tak mengizinkan.

Dan untuk December ni pun, sebenarnye dah tak available. Nurul terima order pun tak banyak sebab nak fokus lebih kepada hal-hal keluarga, dan jugak nak spend masa dgn kawan2 yang lama dah tak jumpa dan bersembang.

However, niat di hati nak buat limited promotion for 25pcs small cupcakes, maybe. Tapi nak kena cari tarikh yg sesuai dulu. Nurul akan busy sehingga 20hb ni. So maybe lepas tu boleh la kot. Nurul akan update pasal promotion ni soon ya. InsyaAllah kalau takde hal, Nurul update next week. So anyone interested to order or request anything, pls email me segera ya.

Till then, have a good life ya!

*Photos of previous orders will be uploaded soon. Meanwhile, pls browse the cupcakes and cheesecakes products at Flickr.

Saturday, November 7, 2009

Not Accepting Anymore Orders for NOVEMBER

Hi everyone. We are sorry to announce that November orders are closed for the time being.
We will only cater those who ordered earlier for November. Announcement will be made if any slot is available.

For December, we will paste out the calendar soon ya.

Thank you.

ps: I prefer sms or email during weekdays as I am working and probably wont be able to answer calls. Kalau weekend nak call takpe. Thank you.

Friday, October 30, 2009

Upgrading Mode

Hello everyone! Just wanna announce that we are upgrading the website currently.
You may not be able to access MyCuppies at times, but fret not that we will be back in two weeks maybe.

Thank you for staying with us =)

Monday, October 5, 2009

October Calendar for Cupcake Order Reference

Entah kenape lately phone num Celcom ni always no service/no network. Sesape yg call 019.6252580 tapi tak dpt, boleh cuba call 016.5285365. Kalau tak jawab tu maybe masa tu ada kerja lain. Boleh tgalkan sms dan Nurul akan contact bila free ye.

Here is the calendar for your reference. Yang putih je tu actually tak terima order tapi boleh la try tanya. Kalau rasa available maybe Nurul terima.

Yg pink tu mmg dah full, even nak tmbh 6pcs je pun tak dpt la, dearies. Kang penat sgt tgn Nurul menggigil pulak nak deco, nanti kualiti tak terjamin. Me not likey tau.

Biru tu limited, filling fast. Macam nak beli tiket wayang pulek. Hehe. Nak bg tips sikit, walaupun Nurul cakap buat order at least 3 hari sebelum kan, tapi biasanye seminggu sebelum tu dah ramai yg order. So untuk tidak berasa kecewa, silalah mintak quotation atau email enquiry tu at least 10hari sebelum. Kadang2 tak sampai hati nak tolak permintaan orang tapi apakan daya I do this as side income je. Yg mana mampu tu sedaya boleh Nurul tunaikan. Tapi tak bolehla smpi mengganggu kerjaya tetap kan..

OK so yang hijau tu available slots lah. Cepat2 booking sebelum org lain yg dapat. Hehe.

Prosedur untuk order lebih kurang mcm ni (walaupun sbnrnye tak kisah la nak approach mcmana, tp kalau ikut prosedur ni lebih memudahkan):

1. Browse products dan tgk design yg berkenan kat sini >> Flickr's MyCuppies
2. Kalau ada contoh gambar dari buku ke, gmbr hantaran kawan2 ke, boleh jugak. Kita discuss nak alter mcmana nanti.
3. Tgk kalendar available ke tak. Then email secara ringkas dan nyatakan detail (nama, location, phone num, kuantiti dan decoration/design/theme). Kalau ada gmbr contoh pun boleh attach. Ataupun boleh sms dulu tny tarikh tu available lagi tak.
4. Nurul akan reply email/sms secepat mungkin, sama ada available atau tak.
5. Bayar deposit 50% untuk confirmation. Kalau takde deposit ni Nurul anggap you tak jadi order. So slot untuk tarikh tu akan open lagi untuk org lain.

Well, thats all for now. Selamat browse through our site =)